Saturday, October 25, 2008

Rahsia Surah Al-Kautsar

hari tu ade kawan aku bagi email ni tau...tergerak plak nak letak kat blog ni untuk di jadikan renungan bersama n moga leh kite jadikan amalan...

"Inna a'kthoina'kalkautsa r,fashallilirab bika wanhar,innasha nia'kahuwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini 10 kali ketika hujan lebat dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan selalu.Wassallam.

"~!! JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR HATI..ZIKRULLAH SEBAGAI PENGHIBUR HATI..SOLAT SEBAGAI PERLINDUNG DIRI..TAQWA SEBAGAI BAJA DLM TAMAN HATI..& SHUKOR SEBAGAI

No comments: