Saturday, October 25, 2008

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

ni pun aku dpt dr email kwn aku...benda berguna kene la kongsi sama2...tul x???

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh LakukanJangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yangtersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :- * # 0 6 #tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangantelefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia bolehdisenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masihtidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, denganmenjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranyasetiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkannombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

No comments: