Sunday, November 2, 2008

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan

2. Terlebih makan
-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

rencana

RencanaKegilaan Remaja Terhadap Blog

Apabila berbicara tentang blog, pasti ramai antara kamu yang sudah mempunyai blog kamu sendiri. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technorati, terdapat lebih 112 juta blog telah diwujudkan dan bermakna sebanyak 175,000 blog baru dibina setiap hari.

Kadar statistik yang dinyatakan pasti melibatkan remaja, yang sememangnya obses dalam dunia blog. Memiliki blog sendiri bagaikan satu kemestian kepada remaja masa kini. Namun, adakah kegilaan remaja terhadap blog satu perkembangan yang baik dalam zaman ICT ini?

Bagi mengupas lebih lanjut, Dara.Com telah mendapatkan pandangan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif Dapat Vista, Azli Paat yang sememangnya tidak asing lagi dalam bidang ICT. Lebih-lebih lagi, suaranya sering ke udara di beberapa stesen radio bagi mengendalikan segmen berkaitan teknologi.

Fakta Blog
- Blog singkatan daripada dua perkataan iaitu perkataan web dan log.
- Perkataan web log diperkenalkan oleh Jorn Barger pada tahun 1997.
- Pada bulan Mei 1999, Peter Melholz telah mencipta singkatan blog.