Sunday, November 2, 2008

rencana

RencanaKegilaan Remaja Terhadap Blog

Apabila berbicara tentang blog, pasti ramai antara kamu yang sudah mempunyai blog kamu sendiri. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technorati, terdapat lebih 112 juta blog telah diwujudkan dan bermakna sebanyak 175,000 blog baru dibina setiap hari.

Kadar statistik yang dinyatakan pasti melibatkan remaja, yang sememangnya obses dalam dunia blog. Memiliki blog sendiri bagaikan satu kemestian kepada remaja masa kini. Namun, adakah kegilaan remaja terhadap blog satu perkembangan yang baik dalam zaman ICT ini?

Bagi mengupas lebih lanjut, Dara.Com telah mendapatkan pandangan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif Dapat Vista, Azli Paat yang sememangnya tidak asing lagi dalam bidang ICT. Lebih-lebih lagi, suaranya sering ke udara di beberapa stesen radio bagi mengendalikan segmen berkaitan teknologi.

Fakta Blog
- Blog singkatan daripada dua perkataan iaitu perkataan web dan log.
- Perkataan web log diperkenalkan oleh Jorn Barger pada tahun 1997.
- Pada bulan Mei 1999, Peter Melholz telah mencipta singkatan blog.

No comments: