Sunday, November 2, 2008

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan

2. Terlebih makan
-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

rencana

RencanaKegilaan Remaja Terhadap Blog

Apabila berbicara tentang blog, pasti ramai antara kamu yang sudah mempunyai blog kamu sendiri. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technorati, terdapat lebih 112 juta blog telah diwujudkan dan bermakna sebanyak 175,000 blog baru dibina setiap hari.

Kadar statistik yang dinyatakan pasti melibatkan remaja, yang sememangnya obses dalam dunia blog. Memiliki blog sendiri bagaikan satu kemestian kepada remaja masa kini. Namun, adakah kegilaan remaja terhadap blog satu perkembangan yang baik dalam zaman ICT ini?

Bagi mengupas lebih lanjut, Dara.Com telah mendapatkan pandangan daripada Timbalan Pengarah Eksekutif Dapat Vista, Azli Paat yang sememangnya tidak asing lagi dalam bidang ICT. Lebih-lebih lagi, suaranya sering ke udara di beberapa stesen radio bagi mengendalikan segmen berkaitan teknologi.

Fakta Blog
- Blog singkatan daripada dua perkataan iaitu perkataan web dan log.
- Perkataan web log diperkenalkan oleh Jorn Barger pada tahun 1997.
- Pada bulan Mei 1999, Peter Melholz telah mencipta singkatan blog.

Saturday, October 25, 2008

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

ni pun aku dpt dr email kwn aku...benda berguna kene la kongsi sama2...tul x???

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh LakukanJangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yangtersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya. Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :- * # 0 6 #tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangantelefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia bolehdisenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masihtidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, denganmenjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranyasetiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkannombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

Rahsia Surah Al-Kautsar

hari tu ade kawan aku bagi email ni tau...tergerak plak nak letak kat blog ni untuk di jadikan renungan bersama n moga leh kite jadikan amalan...

"Inna a'kthoina'kalkautsa r,fashallilirab bika wanhar,innasha nia'kahuwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini 10 kali ketika hujan lebat dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan selalu.Wassallam.

"~!! JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR HATI..ZIKRULLAH SEBAGAI PENGHIBUR HATI..SOLAT SEBAGAI PERLINDUNG DIRI..TAQWA SEBAGAI BAJA DLM TAMAN HATI..& SHUKOR SEBAGAI

Sunday, October 12, 2008

salam permulaan....

Assalamualaikum wbt...
pertama2 kali nye aku ade blog sendiri..ntah nape tergerak plak hati ni nak menaip kat blog ni...serasa ingin meluah kan segala yg terbuku dlm hati ini...
herm...mcm mn nak mule kan ye?
cerita psl kehidupan ku...
rasanya cukup la sekadar mengetahui serba sedikit sahaja tentang diriku kerana aku menaip di blog ini sekadar untuk meluah kan ape yg terbuku dihati yg aku sendiri xdpt nak luah kan dgn mult dan untuk berkongsi kepada sesiape yg sudi membaca blog aku ini. moga ape yg terluah dlm blog ni akan memberi sedikit sebanyak pengajaran untuk kite re nungi bersama.
aku seorang gadis biasa yg alhamdulillah dilahir kan sebagai seorang islam dan insyaallah akan terus berpegang dgn agama yg suci ini..TIADA TUHAN MELAIN KAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH...
umur ku yg kian meningkat menambahkan kematangan dlm diri ku..sedikit sebanyak aku mula berubah...kalau dulu nya seorang gadis yg baru mengecapi 'hidup bebas' kini aku belajar sedikit demi sedikit daripada kebodohan diri ku sendiri...
aku banyak berdosa padanya, pada kedua ibu ayah ku dan kepada diri ku sendiri...
IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA... tp itulah yg aku ikut2 kan sgt...
kata org nafsu muda...tanpa memikirkan akibat nya...aku dah jauh terlepas dari landasan...
tapi alhamdulillah aku kembali kepangkal jalan dan telah kembali kepada Nya..
tujuan ku coretkan semua ini bkn untuk membuka pekung di dada...tapi hanya sebagai luahan untuk tatapan bersama...manusia xlari dari membua kesilapan...dan alhamdulillah ku telah dibuka kan hati untuk terus metaati allah yg esa...ALHAMDULILLAH....moga aku akan terus dibukakan hati untuk terus menjadi umat yg menjauhi kemungkaran dan sentiasa mengingati allah...